Restoran ZZ : Mee Rebus Tulang Terbaik Di Johor - Terowong Informasi

Breaking News

Restoran ZZ : Mee Rebus Tulang Terbaik Di Johor


Sebelum ini, Bro Nasa ada menceritakan mengenai lokasi Steamboat Terbaik Di Johor tetapi hari ini nak ceritakan mengenai Mee Rebus Tulang Terbaik Di Johor. Johor memang terkenal dengan menu mee rebus ini. Selalunya orang Johor lebih mengenali Mee rebus Hj Wahid kerana keenakkan kuah mee rebusnya. Bro Nas memang akui ia adalah terbaik tetapi yang Bro Nasa mahu ceritakan ini adalah Mee Rebus Tulang.

Pasti ada pembaca rasa pelik sedikit dengan menu ini kerana ia sukar didengari di mana-mana tempat seperti di luar negeri Johor. Mee Rebus Tulang Terbaik di Johor adalah di Restoran ZZ di Jalan Petri, Johor Bahru. Isi tulang yang diberi sangat besar, sedap dan pantas penyediaannya. Pasti anda akan terangkat jika makan di sini.

Jika anda makan sekali, pasti akan datang kembali. Harga di restoran ini juga berpatutan yang diberikan. Jika Bro Nasa datang ke Johor Bahru, pasti akan singgah ke Restoran ini kerana mahu menikmati Mee Rebus Tulang Terbaik Di Johor.

Restoran ini memang sudah popular di daerah Johor Bahru sehinggakan ada artis makan di restoran ini. Restoran ini berkonsepkan makan di bawah pokok bagi mendatangkan suasana seperti di kampung. Memang syok jika makan di lokasi seperti ini yang jauh dari kesibukkan bandaraya Johor Bahru. Di sini, anda boleh memilih makan secara bersila atau duduk di kerusi yang disediakan.

Bagi yang tidak suka makan mee rebus, anda boleh menikmati makanan lain seperti Sup Tulang, Sup Gear Box, Laksa Johormakanan goreng-goreng dan macam-macam lagi. Jadi, kepada sesiapa yang mahu datang ke Johor Bahru, bolehlah singgah ke Restoran ini. Peta lokasi Bro Nasa ada sediakan. Jangan keliru dengan restoran ini kerana terdapat Restoran ZZ berhampiran dengan Hospital Sultanah Aminah itu. Ia restoran yang sama tetapi di Jalan Petri adalah lebih terbaik. Selamat mencuba..


Alamat Restoran ZZ Sup Tulang 

Jalan Petrie 5/1, 
Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi :
7:00AM – 11.00PM

Facebook Page :
http://www.facebook.com/pages/Restoran-ZZ-Sup-Tulang/113285102025292?ref=ts


9 comments

Orang Kita said...

pehh mantop!! lapo trus,,, =_+

Terowong Informasi said...

Bro pon naik lapo tgk

Adam Azra said...

penah makan kat sini. org jb mesti tau tmpt ni. hehee

Anum said...

macam best je tempat nie

Iyrin said...

mcm sedap je..
sup tulang my fav!
tak pernah perasan plk tmpt ni kat jb

Terowong Informasi said...

Nor Aireen, kamu ke ke sini nanti..Tak rasa pasti rugi..Tanya aje dengan orang JB, pasti dia bagitau di mana lokasinya

Anonymous said...

Restoran zz yg dekat hospital tu x sama..kebetulan nama sama..zz sup tulang ada 5 cwgn di jb..jln Petri, hutan Bandar no 11, setia tropika, damansara aliff and coming soon di bndr dato onn..

Mee Bandung Odeon Batu Pahat said...

Salam Tuan/Puan

Mee Bandung Kuah Kacang 'Odeon' Batu Pahat (Famous Sejak 1960an)

Kini di Taman Universiti, Skudai

Stall Elias @ Restoran Lubuk Selera
105 Jln Pulai 7
(Sebelah Pintu Gerbang Nak Ke Giant UMall Taman Universiti, Skudai)

Biasa RM5 makan/bungkus
Special RM6 makan/bungkus - Letak Sotong Kembang

Pilihan citarasa - Ori atau Pedas

Waktu operasi - Khamis hingga Selasa. 7.30mlm hingga 10.30mlm. Cuti Rabu

Sebarang pertanyaan Talipon/sms 012 7474039 (Elias)

P/s- Kalau nak datang dari luar Taman U, harap call/sms dulu coz takut saya cuti kecemasan atau mee bdg dah abis awal

Nik JB said...

AKU PNH G CNI GAK...HUHUHU