Steamboat Dataran Johor Bahru : Lokasi Steamboat Terbaik Di Johor
Jika anda datang melancong ke Johor Bahru, pasti anda akan tercari-cari lokasi kedai makan yang paling menarik sekali. Banyak lokasi kedai makan terbaik di Johor Bahru diantaranya adalah Steamboat Dataran Johor Bahru. Lokasi ini memang dikenali setiap warga Johor Bahru malah warga Singapura juga.
Lokasi tempat ini betul-betul di sebelah dataran Bandaraya Johor Bahru dan Hotel Thistle. Di sini, anda akan dapat melihat banyak Van Luton yang menjual steamboat. Anda boleh pilih yang mana sekalipun kerana mereka menjual benda yang sama.
Menu di sini adalah Streamboat, Tauhu Bakar, Sotong Kangkung, Rojak Petis dan pelbagai jenis minuman. Tips untuk mencari tempat yang sedap, cari yang dikerumuni orang ramai. Itulah yang sedap. Streamboat memang semuanya sama tetapi sos sahaja yang berlainan rasa. Jika anda kena dengan tempatnya, pasti anda makan siap bertambah lagi. Jadi, kepada sesiapa yang akan melawat ke Johor Bahru, bolehlah singgah ke sini. Ianya di buka dari petang sehinggalah awal pagi. Bro Nasa akan perkenalkan kepada anda lagi mengenai lokasi makanan terbaik di Johor Bahru nanti ok.
Peta Lokasi Streamboat Dataran Johor Bahru
Sumber Gambar : Google
2 comments
macam sedap je tapi tak reti jalan JB takut masuk singapore..hehe
mana bleh masuk singapore...hehe..ala pakai gps aje..tentu senang...rugi tak gi sini.. Nanti Bro Nasa nak tunjukkan lokasi makan terbaik di Johor Bahru..nantikan ye
Post a Comment