Cara Buat Blog Mobile Apps Dengan Bloapp
Belum pernah dalam sejarah, Bro Nasa mengeluarkan post tutorial di dalam blog ini. Selalunya Bro Nasa belajar di blog orang sahaja. Baru beberapa jam tadi, Bro Nasa mencuba satu benda menarik untuk dikongsikan kepada anda semua iaitu cara membuat Blog Mobile Apps dengan Bloapp. Untuk membuat apps ini, ianya adalah percuma. Template mobile apps ini lebih menarik berbanding template blogger yang sediakan. Apps ini boleh dilihat pada smartphone iOS dan Android. Sekarang, ramai menggunakan smartphone untuk membaca artikel di blog. Jika blog itu tidak mesra mobile, pasti menyukarkan pembaca. So, nak tahu bagaimana caranya. Mari ikut langkah Bro Nasa di bawah ini :
1. Anda perlu masuk ke website http://www.bloapp.com/. Sila login dan jika anda belum daftar, sila daftar terlebih dahulu.
2. Pada home screen, sila add blog untuk masukkan URL blog anda.
3. Sila isi matlumat yang diminta terlebih dahulu.
4. Setelah selesai isi matlumat ditempat tadi, ia akan terpapar seperti di gambar di bawah. Di sini, anda boleh design apps blog anda dengan klik pada customize.
5. Terdapat 9 layout atau template yang disediakan. Pilih mana anda yang suka.
6. Disini, anda boleh pilih color tema blog, upload icon dan upload header.
8. Bila sudah siap segalanya, page seperti di dalam gambar ini akan dipaparkan. Anda perlu copy widget tersebut dan letakkannya di dalam blog anda. Pastikan, anda perlu install terlebih dahulu Bloapp di smartphone masing-masing.
9. Scan QR Code tersebut dengan menggunakan Bloapp. tekan ok untuk add di bookmarks tersebut.
10. Dah siap. Lihatlah hasil yang Bro Nasa dapat. Advance tidak?
Apps ini memang menarik tetapi terdapat satu sahaja kekurangan. Anda tidak boleh komen di blog tersebut. Yang boleh cuma untuk di baca sahaja. Mungkin, developer akan update apps ini untuk bolehkan anda mengomen di blog tersebut. Sesiapa yang sudah cuba tutorial ini, boleh beri feedback kepada Bro Nasa ye...
No comments
Post a Comment