Kesan Pengambilan Methamphetamine / Syabu - Terowong Informasi

Breaking News

Kesan Pengambilan Methamphetamine / Syabu


Methamphetamine ialah nama kimia bagi dadah jenis Syabu dan merupakan dadah peransang jenis amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS). Dadah ini adalah merupakan dadah yang telah di ubahsuai dari dadah jenis Amphetamine yang digunakan dahulu untuk mereka yang mengalami masalah pernafasan (hidung tersumbat). Methamphetamine juga digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah tidur secara spontan (Narkolepsi) dan obesiti kronik. 


Syabu juga dikenali juga dengan nama lain seperti  "Chalk", dan "China White". Syabu berkualiti tinggi kelihatan berwarna jernih kristal dan bagi bergred rendah rasanya agak pahit. Syabu diambil dengan cara di suntik atau di hisap. Antara kesan pengambilan Syabu ialah, sistem daya tahan badan akan menjadi lemah dan  kerosakan pada sistem Kardiovaskular. Pengambilan dadah berlebihan, kita sendiri tau apa akibatnya. Memang diakui, dalam perubatan juga menggunakan dadah tetapi dosnya sedikit sahaja. Lihat gambar yang disediakan. Perubahan mereka nampak ketara dan akhirnya mereka mati. Anda mahu jadi seperti mereka? Jadi, jauhilah najis dadah. Jika tidak, anda pasti merana.

4 comments

Unknown said...

jauhilah dadah ye semua..ingatla org yg tsyg..

Unknown said...

bahaya nih. nyah kau dari sini sang dadah. hihi

TRAVELOG ATEH said...

scarynye bila tengok effect shabu. bleh jadi mayat hidup cam nie.

Delaila Adnan said...

Segala punca semua masalah benda ni... Ade yg jd gila and mati sebab benda alah ni...