Kubur Di Tengah-Tengah Projek Pembinaan
Sebelum ini, kita telah mengetahui mengenai kes rumah di tengah highway di China, baru-baru ini. Kes tersebut telah selesai setelah tuan rumah terbabit bersetuju dengan pampasan yang setimpal diberikan. Itu kes rumah tapi ada kes lain pula di China iaitu kubur di tengah-tengah projek pembinaan.
Lihat sahaja gambar di atas, ia menunjukkan sebuah kubur yang berada di tengah projek pembinaan. Waris kubur tersebut enggan memindahkan kubur tersebut. Kubur ini sudah berada sejak pada tahun 2004 lagi. Walaupun waris enggan memindahkan kubur tersebut, pihak pemaju meneruskan pembinaan projek perumahan tersebut dengan menuinggalkan tanah yang setinggi 10 meter ini. Nampak pelik tetapi ia adalah realiti.
Pihak pemaju tersebut telah menawarkan pampasan yang begitu tinggi iaitu AS$160,454 (RM488,903) tetapi waris bertegas juga menolak tawaran tersebut. Pihak keluarga si mati itu berkata mahu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut. Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan.
6 comments
perggggggg
mmg pergghhh...hahaha
haha 400k tu ,mungkin ada kisah di sebalik kubur tersebut. hehe.
kalo orang bina hotel kat situ memang horror la sape dapat bilik sebelah kubur tu.....!! hehe
smp mcm tuh sekali..dasyat~
hahaha..kalau bro, xdenya nak lepak kat rumah situ..seram
Post a Comment