Proton Preve Kurang Di Jalan Raya - Terowong Informasi

Breaking News

Proton Preve Kurang Di Jalan Raya


Anda perasan atau tidak di jalan raya di mana kereta keluaran terbaru Proton iaitu Proton Preve kurang di jalan raya. Apakah puncanya? Adakah ianya dijual terlalu mahal atau rekaan yang kurang menarik? Atau juga, Proton Preve ini banyak masalah pada enjinnya? Banyak persoalan yang bermain di minda Bro Nasa bila memandu di Jalan Raya.

Jika memandu di tengah Kotaraya Kuala Lumpur, boleh dikira berapa unit Proton Preve di jalan raya. Yang banyak kelihatan adalah Produa Myvi, Proton Saga FLX dan BLM. Betul tidak? Sebelum keluarnya Proton Preve ini, memang hangat diperkatakan bahawa ia cantik, menarik dan berteknologi berbanding kereta Proton yang lain. Tapi, bila sudah keluar sahaja, indah khabar dari rupa. Ada beberapa orang yang mengomen yang mengatakan Proton Preve ini banyak masalah. Bro Nasa sendiri tidak tahu apa masalahnya.

Setahu Bro Nasa setelah menggunakan kereta berjenama Proton ini selama beberapa tahun, memang Bro Nasa akui, kualiti kereta yang dikeluarkan dan dijual memang tidak memuaskan hati. Kereta tidak mempunyai masalah tidak sah dibuatnya. Di mana dan bagaimana penjagaan kualiti oleh Proton ini? Adakah mereka tidak hirau atau berpegang pada konsep, lebihkan kuantiti berbanding dengan kualiti? Sudah nak cakap pasal perkara ini. Diharap, pihak Proton mengkaji semula kualiti kereta Proton keluaran mereka sebelum dikritik hebat. Pengkritik bukan menjatuhkan sesuatu produk tetapi menaikkan lagi kualiti sesuatu produk itu di masa hadapan.

No comments