Samsung Galaxy S4 Bakal Dipasaran Pada 2013
Kehangatan smartphone Samsung Galaxy S3 dan Note 2 di Malaysia masih belum diperkatakan lagi, sudah mula ada ura-ura yang mengatakan Samsung akan keluarkan smartphone baru pada tahun 2013 iaitu Samsung Galaxy S4. Samsung Galaxy S4 merupakan penambahbaikkan pada model Samsung Galaxy S3 dan Note 2 malah ada yang mengatakan ia lebih hebat dari model sebelumnya. Lihat dahulu video di atas ini, video rahsia yang mengatakan ia spesifikasi model Samsung Galaxy S4 yang akan dipasarkan. Ia nampak lebih nipis, solid dan canggih. Screen menggunakan technology Amoled Display Full HD 1080i, kamera 13 Megapixel, Processor 2.0 Ghz 4 Quad, dan menggunakan OS terbaru iaitu Android 5.0 Lime Pie.
Yang menarik pada Samsung Galaxy S4 ini adalah mengenai laser Keyboard yang dipancarkan pada smartphone ini yang membolehkan anda menaip masej. Walaupun ia masih ura-ura, technologi samsung makin jauh kehadapan berbanding technologi Apple. Betul tidak?
1 comment
macam menarik tp nie cuma khabar angin je..
Post a Comment