Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasullullah S.A.W - Terowong Informasi

Breaking News

Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasullullah S.A.W


Cara mengajar atau mendidik anak sebenarnya mempunyai cara tersendiri. Bukan cara mengajar mereka dengan marah memarahi mereka atau memukulnya. Salah sebenarnya itu. Pada zaman sekarang, masalah sosial semakin takut dilihat dan kalau boleh, ia tidak mahu berlaku kepada anak kita nanti. 



Bro Nasa mahu kongsikan kepada anda cara mendidik anak mengikut sunnah Rasullullah S.A.W. Cara yang Bro Nasa sediakan ini adalah cara yang telah diringkaskan. Kalau tidak, panjang ceritanya. bagi yang belum berkahwin, jadikan ia panduan anda pada satu hari nanti :

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama : Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga : Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat : Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


Kesimpulan pada tips di atas ini, kita sebagai ibu bapa perlu peka terhadap persekitaran yang cukup mencabar pada zaman sekarang ini. Anak merupakan amanah dari Allah S.W.T kepada kita dan kita yang membentuk mereka sama ada mahu anak terebut menjadi anak yang baik atau tidak. 



Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mendidik mereka, carilah ilmu seperti dari buku ilmiah yang berkonsepkan islam, tanya kepada orang yang lebih tua dari yang berpengalaman mempunyai anak atau pelbagai sumber yang lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda.

No comments