Mak Nyah Siam Marah Dengan Iklan IKEA - Terowong Informasi

Breaking News

Mak Nyah Siam Marah Dengan Iklan IKEA



Satu iklan pendek dari IKEA telah membuatkan mak nyah di Thailand marah dan kecil hati dengan iklan tersebut. Video ini memaparkan seorang lelaki Thai bersama teman wanita beliau sedang membeli-belah di sebuah pusat perabot. Teman wanitanya kemudian terlihat bantal yang dijual dengan harga murah, dan tiba-tiba, suara lembut wanita tersebut berubah menjadi garau seperti lelaki.


Terkejut dan takut, teman lelaki wanita tersebut tidak berapa lama kemudian melarikan diri. Senario itu adalah sebahagian iklan dikenali sebagai Luem Aeb (Lupa Untuk Menipu) yang dikeluarkan oleh Ikea Thailand yang menyebabkan kumpulan transgender negara itu marah serta menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘negatif dan stereotaip’ selain telah melanggar hak asasi manusia. Kumpulan berkenaan telah menulis surat bantahan kepada syarikat gergasi di Sweden tersebut. Menurut Thai Transgender Alliance, iklan yang disiarkan selama 20 saat yang dapat dilihat di YouTube dan di dalam keretapi-keretapi di Bangkok dari Disember hingga Januari lalu nyata tidak menghormati kumpulan transeksual dan kumpulan tersebut mahukan penjelasan dari pihak Ikea.


Golongan transgender, atau popular dengan gelaran Ladyboy, adalah adalah golongan yang diterima baik di Thailand dan golongan itu sering dapat dilihat dalam bidang-bidang seperti fesyen, kecantikan dan hiburan, walaupun secara rasminya mereka tidak diiktiraf sebagai wanita. Pihak pemasaran Ikea Thailand berkata, pihak mereka telah memberikan respon terhadap aduan tersebut. “Ikea telah menjawab aduan yang dikeluarkan oleh kumpulan tersebut melalui panggilan telefon dan segalanya berjalan lancar. Kami kini sedang menyiapkan surat untuk menjawab aduan tersebut,” kata pegawai pemasaran Ikea yang enggan dikenali kepada pihak media.

No comments