Maut Ketika Kereta Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba
Pada jam 8:45am tadi, terdapat satu kemalangan maut yang melibatkan penunggang Rider Biker Versys ketika mahu menghantar anak ke sekolah. Punca kemalangan ini disebabkan oleh sebuah kereta membuat pusingan U secara tiba-tiba. Penunggang motosikal tersebut maut manakala anaknya tercampak lebih 50 Meter.
Bro Nasa mahu ingatkan kepada semua pemandu kereta, berhati-hati dan prihatin sedikit kepada penunggan motosikal. Jika anda silap, nyawa orang lain melayang. Mahukah anda ingin perkara ini berlaku pada ahli keluarga anda sendiri? Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara kita ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
No comments
Post a Comment