Cara Mengetahui Peniaga Menggunakan Santau Pelaris
Pada zaman sekarang ini, terdapat banyak kedai makan dibuka di kawasan anda. Pastinya kedai makan tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri dengan makanannya. Ada yang menggunakan menu yang menarik dan ianya dimasak dengan begitu lazat. Saingan anda kedai makan memang pasti akan berlaku. Bro Nasa sendiri pernah melihat ada hasad dengki antara peniaga kedai walaupun kedainya berjiran.
Jika anda melihat kedai makan yang sebelumnya tidak menarik orang ramai dan tiba-tiba kedai tersebut penuh dengan keadaan luar biasa, pasti ia mencurigakan. Pasti peniaga tersebut menggunakan Santau Pelaris. Santau pelaris ini anda tidak akan nampak dengan pandangan mata kasar anda. Bagaimana nak tahu kedai makanan tersebut menggunakan Santau Pelaris, boleh baca tips di bawah ini :
- Pelanggan yang datang makan di kedai makan tersebut luar biasa ramainya
- Menemui serangga ( seperti lipas, lalat ulat ) atau serpihan kuku, helaian rambut atau bulu (bulu mata atau bulu lainnya)
- Makanan cepat basi
- Gerak geri pekerja yang mencurigakan
- Terdapat unsur mistik di dalam kedai/restoran tersebut seperti gantungan azimat , kain kuning atau seumpamanya.
- Apabila kita menghampiri atau duduk di dalam kedai tersebut kita merasa berdebar-debar dan tak sedap hati
- Membaca Bismillah sebelum melangkah masuk ke kedai dan sebelum makan
- Sekirannya menemui rambut , bulu atau serangga cuba buang dengan menggunakan sudu sambil membaca Ayat 23 dari Surah Al-Furqan.
- Sebaik sahaja makanan atau minuman yang di pesan diletakkan dihadap anda, Baca doa di bawah sebanyak 7 kali
Info : Sekirannya memang terdapat santau pelaris dengan membaca doa di atas pinggan / gelas boleh pecah !
Sumber : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
4 comments
macam2 hati maanusia, sampaikan ada yang sanggup guna jalan pintas utk kaut keuntungan. Malah jalan yang menyesatkan. nauzubillah :/
mintak dijauhkan..org sekarang ni suka percaya benda2 mcm tu
Biasalah..nk untung lbh katakan sampai membelakangkan agama
Bru lpas mkn kat luar garfu nye ade bau lipas daa..trus cmplaint kt staf nye..ingt nk wat cmplaint kt majlis prbdaran mlas ttup priuk nsi nye ksian mlayu kite
Post a Comment