Hanging Temple : Kuil Gantung Yang Unik Di China - Terowong Informasi

Breaking News

Hanging Temple : Kuil Gantung Yang Unik Di China

Terdapat satu kuil atau tokong di China sungguh unik cara pembinaannya. Ia digelar Hanging Temple bagi masyarakat di China kerana kuil tersebut seolah tergantung di lereng bukit tersebut. Kuil ini berada di ketinggian 75 kaki dari aras tanah. 

Kuil ini telah lama di bina sejak 386 masihi lagi dan masih kukuh sehingga sekarang. Kuil ini cukup popular dikalangan pelancong asing untuk melihat keajaiban dunia ini.



Jika anda perhatikan kuil ini, ia seperti tergantung dan seakan melekat di dinding tersebut. Bila difikirkan balik, pada zaman dahulu tiada langsung teknologi moden untuk membina kuil yang mampu bertahan lama tetapi ia berdiri teguh sehingga sekarang. Kuil ini masih digunakan oleh masyarakat cina di sana bagi melakukan ibadat masing-masing. Untuk melihat keadaan kuil ini dari dekat, mari tonton video di bawah ini :

No comments