Pulau Hashima : Pulau Berhantu Di Tengah Lautan - Terowong Informasi

Breaking News

Pulau Hashima : Pulau Berhantu Di Tengah Lautan

Pernah dengar Pulau Hashima? Pasti ada sesetengah pembaca tidak tahu menahu mengenai kewujudan pulau ini. Pulau ini pernah menjadi pulau termaju di dunia pada ketika dahulu. Pulau ini telah dibuka oleh syarikat gergasi kereta jepun iaitu Mitsubishi Corporation. Pulau ini dahulunya tidak mempunyai apa-apa tetapi syarikat Mitsubishi Corporation memajukannya pada tahun 1959. Syarikat tersebut membina bangunan disitu kerana mereka menemui sumber mineral penting iaitu arang batu. Arang batu merupakan sember penting pada era tersebut.


Pulau itu dibangunkan untuk kegunaan pekerja-pekerja kilang arang batu itu di mana perumahan, teater, pusat membeli-belah, kelab malam, restoran dan sebagainya dibina dengan lebih pesat. Dengan pembangunan yang cepat ketika itu, ia telah menjadikan Pulau Hashima sebagai kawasan dengan penduduk yang padat di dunia di mana seramai 5,259 penduduk telah menetap di pulau itu.Tetapi, pada tahun 1974, penggunaan arang batu semakin menurun berikutan sumber lain telah dijumpai iaitu sumber minyak mentah.


Syarikat Mitsubishi tersebut membuat keputusan untuk memberhentikan operasi arang batu di pulau berkenaan. Sedikit demi sedikit pulau itu ditinggalkan orang. Disebabkan pulau itu kosong tanpa penghuni, masyarakat di Jepun menggelarkan ia Pulau Hantu.

2 comments

Hani Othman said...

memang serammmm

Terowong Informasi said...

Hani nak tau..pulau ni pernah jd lokasi pengambaran cite Skyfall pada tahun lepas tau..xcaya cube tgk cite skyfall..ada x