Kenapa Rambut Manusia Beruban - Terowong Informasi

Breaking News

Kenapa Rambut Manusia Beruban

Rambut beruban sekarang tidak mengenal usia tua atau muda. Golongan orang muda boleh tumbuh uban seawal berusia 13 tahun. Bro Nasa sendiri pernah melihat dan ada beberapa kawan yang beruban walaupun baru berusia 17 tahun ketika itu. Mengapa ia tumbuh uban seawal mungkin. Bila ditanya kepada kawan, mereka sendiri tidak pasti kenapa puncanya.


Untuk pengetahuan anda, Kajian yang dijalankan mendapati kepadatan warna rambut ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh badan. Biasanya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, melanin boleh dihasilkan dengan jumlah yang banyak. Namun apabila umur semakin meningkat, kebolehan semula jadi untuk menghasilkan melanin mula berkurangan dan akhirnya kepala akan dipenuhi uban. Punca rambut beruban yang paling utama adalah faktor genetik, iaitu ia diwarisi daripada ibu atau bapa. Selain itu, rambut beruban juga boleh disebabkan oleh kurangnya zat besi dan zink atau penggunaan ubat-ubatan.

Nutrisi tidak seimbang seperti pengambilan makanan segera secara kerap boleh menyebabkan pengeluaran pigmen pewarna rambut yang dinamakan melamin terbantut. Pigmen berkenaan dihasilkan oleh sel tubuh yang dikenali sebagai melanosit dan rambut menjadi putih kerana melanosit tidak lagi menghasilkan melanin. Biasanya pengeluaran pigmen yang terhenti hanya bersifat sementara bagi mereka yang kekurangan nutrisi. Jika mendapat nutrisi yang seimbang, secara automatik, pengeluaran pigmen akan kembali normal dan rambut putih akan hilang dengan sendirinya dan kembali menjadi hitam.

Amalan gaya hidup yang sihat juga turut menyumbang dalam melambatkan tumbuhnya uban. Bagi melambatkan proses rambut beruban seeloknya amalkan gaya hidup sihat dengan makanan seimbang dan lakukan senaman.