Sambal Kicap : Benda Wajib Bagi Orang Johor
Bro Nasa kini tinggal di Selangor dan ternyata perbezaan orang Selangor dan Johor memang berbeza. Bezanya adalah dari segi penyediakan makanan. Jika Bro Nasa singgah membeli makanan seperti Pisang Goreng di Selangor, pasti pisang sahaja yang diberikan tanpa sebarang sos. Kalau makan begitu sahaja pasti tidak sedap.
Lain pula di Johor, Pisang Goreng jika dibeli, pasti akan diberikan sambal kicap ini untuk menjadikan bahan pencecah. Lagi pedas lagi syok. Makanan yang dicecah dengan menggunakan sambal kicap ini adalah pisang goreng, tempe goreng, cendawan gorang, keledek goreng, Soto, mee siput dan segala sup-sup di jual. Anda tidak percaya akan kesedapan sambal kicap ini, anda mesti mencubanya. Cara membuatnya? Ikuti cara penyediaan sambal kicap cara Bro Nasa. Tak sedap jangan marah :
Bahan-bahan :
10 batang cili kecil (cili padi/cili kampung boleh digunakan)
3 ulas bawang putih
Sedikit Kicap Lemak Manis
Cara-caranya :
- Ambil cili dan bawang putih tersebut dan letakkan ke dalam blender.
- Letakkan sedikit kicap lemak manis mengikut citarasa anda. Jangan letak terlalu banyak sudah, nnati kurang sedap.
- Blend kan semua bahan tersebut dan jangan terlalu hancur sangat ciliitu di blend.
- Siap untuk penyediaan.
Mudah bukan penyediaan sambal kicap ini. Jika sukakan pedas, le tambah cili itu banyak sedikit. pasri meleleh hingus anda. hehehe.
4 comments
betul tu bro, nikmat goreng pisang @ keledek and so on, akan hilang tanpa sambal kicap
saya orang perak tapi pernah menetap di melaka selama setahun, setahun je bro tp really impressed dengan makanan selatan, first time makan goreng pisang dengan sambal kicap macam pelik je, org perak makan sambal kicap dengan bihun sup, mee sup atau kuehtiaw sup je, tapi yes ! lagi sedap makan goreng pisang dengan sambal kicap
even sekarang dah tak stay di melaka dan ulang alik johor, sebab dah pindah duduk sarawak, still makan cenggini, beli @ buat goreng pisang, sah2 kalau beli mmg diorg x bg sambal kicap, so buat sendiri lah
balik kpg di perak pun dah terbiasa, sedara mara pulak yang pelik, lidah ni kalau makan goreng2 mesti nak sambal kicap . terbaik bro !!!
haa...tuh dia..penangansambal kicap..Orang perak sendiri suka.. Sebab tu Bro nak anda cuba..pasti anda akan suka punya
bese makan pisang goreng camtu aje....cam pelik mkn ngn sambal kicap...huhu..tp tq for sharing..leh buatkan utk cek abang..hehehe
Nk lg sedap..bawang putih tu goreng dlu ngn kulit die..then bru buang kulit n masuk dlm blender..supaya kurg pahit bawang putih tu..ni petua ayh.. ^_^
Post a Comment