Anak Kucing Tersangkut Dalam Sistem Ekzos Kereta - Terowong Informasi

Breaking News

Anak Kucing Tersangkut Dalam Sistem Ekzos Kereta

Seorang pemilik kereta yang merasakan bahawa kenderaannya seperti kekurangan kuasa, memeriksa ruang enjin di bahagian hadapan keretanya - dia mendapati seekor anak kucing telah tersangkut di dalam sistem enjin. Pemilik kenderaan itu mendapati bahawa anak kucing berumur kira-kira dua bulan itu telah tersedut masuk ke dalam sistem ekzoz di mana hanya kepala dan sebelah kuku kakinya yang terjulur keluar. Pemilik kenderaan itu hanya menyedari bahawa haiwan tersebut masih hidup selepas memandu kenderaannya ke garaj dan diberitahu oleh mekanik bahawa ia masih bernyawa ketika berusaha mengeluarkannya.



Bahagian sistem ekzoz itu segera dikeluarkan dari kereta tersebut lantas dibawa ke balai bomba di mana salah seorang petugas bomba berjaya memotong bahagian tertentu pada sistem itu untuk mengeluarkan haiwan malang itu. Anak kucing tersebut terpaksa menjalani pembedahan usus dan kini dilaporkan semakin stabil di bawah jagaan sebuah tempat perlindungan di Rio Verde, di barat Negara Brazil. Menurut pengarah Bomba, Coronel Candido Cleber: "Anak kucing tersebut sejuk lantas ia memanjat ke dalam ruang enjin untuk menghangatkan badannya". "Namun ketika pemandu menghidupkan enjin, ia tiba-tiba tersedut masuk. Sungguh menakjubkan kerana ia masih hidup. Pemandu telah memandu keretanya berjam-jam lamanya sebelum berhenti untuk memeriksa sesuatu yang tidak kena pada kenderaannya".

1 comment