Jururawat Kerap Dipersalahkan Oleh Masyarakat - Terowong Informasi

Breaking News

Jururawat Kerap Dipersalahkan Oleh Masyarakat

Panas pula hati Bro Nasa ketika membaca satu masej di Facebook yang mengatakan jururawat BODOH. Apa punya bangang punya statement budak zaman sekarang ini. Perkara ini bukan sekali pernah berlaku tetapi banyak kali telah diperlakukan seperti ini. Kesian pada jururawat satu Malaysia ini.


Jururawat diamanahkan menjaga pesakit dan dirawat supaya cepat sembut dan bukan tugasnya membunuh orang. Ingat jururawat ini Zombie agaknya. Cuba anda fikirkan dan berlapang dada sedikit. Jika anda sakit dan anda terlantar di hospital, siapa yang merawat anda? Doktor? Tugas doktor cuma mengenalpasti apa penyakitnya setelah diperiksa dan doktor pula akan memaklumkan kepada jururawat apa yang perlu dilakukan. Jadi, tugas utama yang menjaga anda adalah Jururawat. Doktor cuma akan memantau sahaja apa yang mereka berikan tugas kepada jururawat. Jika anda tidak mampu bangun dan teringin membuang air besar, siapa yang akan membantu dan membersihkan anda? Jururawat juga yang buat.


Jangan anggap semua jururawat ini BODOH atau sebagainya. Mereka tahu apa yang mereka buat. Mereka jaga pesakit macam mereka menjaga keluarga mereka sendiri. Bab kekasaran itu, mungkin segelintir sahaja yang bersikap seperti itu bukannya semua jururawat. Jururawat bukan satu karier popular di Malaysia ini berbanding dengan Tentera, Polis, Penjawat awam yang lain. Mereka selalu dipersalahkan.


Biasalah manusia, pasti ada buat silap dan anda sendiri pernah melakukan kesilapan. Jangan anggap diri anda itu 100% suci daripada membuat kesilapan. Kalau nak tahu bagaimana kerja jururawat ini, cubalah. Barulah anda tahu bagaimana rasanya. Mampukah anda buat seperti jururawat yang lain? Fikir-fikirkanlah...

P/S : Bro Nasa ucapkan ribuan maaf atas kekasaran bahasa di dalam artikel ini.

2 comments

Li Nadin said...

memang x patut mengata org bodoh, x kira jururawat atau sesiapapun. Itulah dugaan kerjaya masing-masing. Saya percaya untuk menegur seseorang biarlah berhemah, bukan marah-marah :)

Terowong Informasi said...

btl tu.. nak tegur kena ada caranya. Cuba bayangkan kita terkena situasi macam ini, pasti sentap punya beb