15 Tanda Kiamat Kecil Sudah Lengkap? - Terowong Informasi

Breaking News

15 Tanda Kiamat Kecil Sudah Lengkap?

Pada hari jumaat yang diberkati ini, Bro Nasa nak kongsikan kepada anda semua mengenai 15 tanda Kiamat Kecil yang sudah lengkap. Memang kita rasa gerun dengan berlakunya kiamat dan pastinya, memang ia akan berlaku nanti. Kita tidak boleh mengelaknya lagi dan kita akan merasainya juga. Bro Nasa terbaca di satu blog iaitu HarianIslam.com yang menyebut 15 tanda-tanda ini. Mari Kita lihat apakah 15 tanda kiamat kecil yang sudah lengkap :




  • Penaklukan Baitulmuqaddis

  • Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari



  • Zina bermaharajalela

  • “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim



  • Bermaharajalela alat muzik

  • “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
    ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah



  • Menghias masjid & membanggakannya

  • “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.



  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik

  • “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.



  • Ramai orang soleh meninggal dunia

  • “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad



  • Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

  • “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
    - Riwayat Thabrani



  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

  • “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad



  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.



  • Bulan sabit kelihatan besar

  • “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
    - Riwayat Thabrani



  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

  • “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim



  • Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

  • “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad



  • Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

  • “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim



  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

  • “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai



  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

  • “Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

    Perkara-perkara di atas ini sudah pun berlaku di depan mata kita. Yang terbaru, anda sudah melihat bara api muncul di negara Yaman? Perkara ini sudah di sebut dalam Hadis (H.R Muslimi). Jika anda belum melihat video yang Bro Nasa maksudkan, mari kita lihat sebentar :

     

    " Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslimi) "

    Di harap, informasi ini dapat kita berfikir sejenak dan bertaubat selagi sempat sebelum taubat dan keimanan kita tidak diterima lagi oleh Allah S.W.T.

    Sumber : HarianIslam

    No comments