Awasi Anak Anda Ketika Menggunakan Smartphone - Terowong Informasi

Breaking News

Awasi Anak Anda Ketika Menggunakan Smartphone

Pada hari ini, Bro Nasa nak cerita sedikit mengenai kanak-kanak di zaman sekarang. Kanak-kanak pada zaman sekarang hidupnya lebih mencabar berbanding dengan kehidupan kita seperti dahulu. Dahulu, kita nak beli makanan pun susah dan apatah lagi gadget yang berada di pasaran. Kalau kita ke mana sahaja, pasti kita akan nampak kelibat kanak-kanak memegang table/tab ke sana dan ke sini. Apa yang mereka mainkan adalah game sahaja.


Banyak game-game yang berada di google play boleh kita dapati jika anda pengguna sistem android. Ada yang free dan ada juga berbayar. Di Google Play, apa sahaja kita taip, pasti aplikasi tersebut akan ada. Perasankah anda sebegai ibu bapa mengenai keburukkan Google Play ini? Cuba and lihat gambar di bawah ini. Pernahkah anda terjumpa? Apa reaksi anda apabila nampak? Adakah biasa sahaja atau jelik?


Kanak-kanak kecil ini tidak tahu apa benda itu sebenarnya dan mereka akan terfikir ingin mencuba benda baru itu. Kanak-kanak ini ibarat span kering. Apa yang dia nampak, ia akan serapkannya. Jika ibu bapa tidak awasinya, pasti ia memudaratkan kanak-kanak tersebut dari gelaja sosial. Bukan setakat di Google Play sahaja, di Facebook juga kita boleh dapati perkara ini. Lihat gambar di bawah ini, anda biasa melihatnya. 


Ianya memang free. Benda maksiat atau jahat ini, pastinya ia free. Jadi, apa yang Bro Nasa boleh katakan, awasi anak anda ketika menggunakan smartphone atau gadget-gadget lain. Kalau boleh, jika anak anda mahu menggunakannya, ia perlu dilakukan di depan mata anda dan bukannya dibelakang anda. Jangan fikir kanak-kanak tidak tahu menipu anda sedangkan anda juga pernah menipu ibu bapa anda dahulu. fikir-fikirkanlah.

No comments