Majlis Perkahwinan Secara Besar-Besaran - Perlu Ke?
Pada zaman sekarang ini, banyak kita lihat majlis perkahwinan yang diadakan di kawasan rumah kita atau di mana sahaja.Ia merupakan satu perkembangan yang amat bagus. Kahwin juga merupakan satu sunnah Rasullullah S.A.W ke atas umat islam. Dengan perkahwinan, ia dapat mengelakkan kita dari terjerumus dengan gejala maksiat dan godaan nafsu.
Jika kita lihat di Facebook, Twitter atau di mana sekalipun, pasti ada share gambar perkawinan mereka. Ada yang biasa sahaja dan ada yang terlalu mewah sangat. Ia bergantung kepada kemampuan masing-masing. Bagi yang tidak mampu itu, buat sekadar biasa-biasa sudah memadai kerana Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya membazir dalam melakukan sesuatu majlis. Tapi ada sesetengah orang yang mahu berkahwin sanggup berhutang sana sini semata-mata mahu majlis itu nampak mewah sedikit. Kononnya tidak mahu dimalukan oleh kawan. Memang kita mahu ianya perfect tetapi risikonya anda tahu? Perlu ke buat majlis perkahwinan secara besar-besaran ini? Apa kata anda lihat sedutan video ini terleih dahulu. Mungkin ada betul dikatanya :
Apa pandangan anda melihat video di atas ini? Mungkin ada betulnya bukan? Tidak semestinya kita kahwin bermewah-mewahan, kita dapat hidup bahagia tetapi akhirnya boleh jadi "pape kedana". Anda pasti tidak mahu perkara seperti dalam video itu berlaku bukan? Jadi, kepada anda yang mahu mendirikan rumah tangga, elakkan pembaziran. Buat sekadar biasa-biasa sahaja. Majlis perkahwinan ini sebenarnya mahu memaklumkan kepada masyarakat setempat bahawa anda sudah sah bergelar suami isteri dan dapat mengelakkan fitnah. Jadi, tidakperlulah sebenarnya membuat majlis perkahwinan anda itu secara besar-besaran kalau tidak mampu. Jangan guna istilah " Biar pape asal bergaya"....

1 comment
Kalau difikirkan belanja lepas kahwin lagi banyak.
So tak perlu nak membazir..
Post a Comment