The Plain Of Jar : Tempat Misteri Purba Di Laos - Terowong Informasi

Breaking News

The Plain Of Jar : Tempat Misteri Purba Di Laos


Pasti ramai yang kurang tahu mengenai misteri The Plain Of Jar ini yang terletak di Xieng Khouang plateau, Laos. Ia kurang mendapat tempat masyarakat tetapi ia menyimpan satu mesteri yang tidak dapat dirungkai sampai sekarang. Pengkaji sejarah masih bingung akan kewujudan The Plain Of Jar ini.


Para penkaji sejarah cuma dapat menganggarkan usia The Plain Of Jar ini lebih kurang 2000 tahun usianya. The Plain Of Jar ini seakan tempat tadahan air kerana ia menyupai sebuah tembikar yang besar dan di anggarkan beratnya 14 tan. Lokasi The Plain Of Jar ini telah mengalami peristiwa pengeboman yang dilakukan oleh Amerika Syarikat sewaktu mengadakan kempen pengeboman.


Banyak versi cerita mengenai The Plain Of Jar ini. Ada yang mempercayai ia merupakan tempat penyimpanan abu mayat dan ada juga yang mengatakan tempah menyimpan air hujan sewaktu musim tengkujuh. Ia cukup misteri bukan? Sampai sekarang, para pengkaji sejarah tidak dapat mengetahui perkara sebenar kewujudan The Plain Of Jar ini.