Khasiat Dan Kelebihan Daging Kambing
Daging kambing selalunya dikaitkan dengan penyebab penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi. Malah ia juga boleh menjadi punca penyakit jantung. Perkara ini selau dikatakan oleh masyarakat Malaysia terutamanya. Bila kita makan daging kambing, pasti yang akan kata, "kalau ada darah tinggi tidak boleh makan, boleh tumbang nanti". Itu biasa kita dengar bukan.
Jika di timur tengah arab, daging kambing menjadi kegemaran orang di sana berbanding dengan daging lembu. Bukan setakat timur tengah sahaja, masyarakat di eropah juga sukakan daging kambing kerana ia menjadi sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding dengan daging lembu.
Kandungan lemak pada daging kambing sebenarnya tidak banyak. Sebagai contohnya, dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal). Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding dengan daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangan lemak tidak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
Baik Untuk Jantung
Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.&Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.
Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.&Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.
Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing. "Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.

2 comments
Rozie suka mkn daging kambing.....
samalah,,,sedap wo kalau kena grill
Post a Comment