Program 1 Pelajar 1 Laptop Dilancarkan Pada Tahun 2014
"Chromebook merupakan peralatan komputer seumpama notebook tetapi ia menggunakan teknologi awan atau cloud computing untuk beroperasi menggunakan Google Chrome OS. "Semua data pengguna disimpan di cloud dan Chromebook kerana maklumat dan data pengguna tidak disimpan dalam Chromebook tetapi di ruang penyimpanan di cloud," kata kementerian itu dalam satu jawapan bertulis Parlimen pada Isnin.
Kenyataan itu membalas soalan ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang bertanya tentang hasil program 1 Pelajar 1 Laptop dan perbezaannya dengan program Chromebook. Kementerian Pendidikan turut berkata kos bagi setiap unit Chromebook adalah RM1,200 dengan tiga tahun jaminan, changing cart, latihan guru dan akses percuma ke VLE (virtual learning environment). "Jumlah makmal yang terlibat ialah 2,839 makmal dengan jumlah Chromebook sebanyak 116,399 unit melalui pembekal YTLC Sdn Bhd. Projek Chromebook ini telah dilaksanakan bermula Jun 2013," kata Kementerian Pendidikan.
Pada bulan April, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin berkata kerajaan akan melihat bagaimana untuk membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan.
P/S : Untungnya budak zaman sekarang. Belajar siap dapat laptop lagi...
Sumber : Astro Awani
2 comments
negeri terengganu dah start program macam ni dulu pada tahun 2009. time laptop tu dinamakan e-book kalau tak silap.
apapun bagus lah, bebudak sekarng ni makin celik IT
wow! bagus nya~ saya amat berharap agar laptop yg akan diberi nanti boleh dibawa ke sekolah, di mana murid2 boleh membuat nota yg diberi cikgu hanya dengan menggunakan laptop. Hal ini juga akan meringankan beban murid2 yg sentiasa terbeban dengan jumlah buku teks yang agak banyak, ditambah pula dengan buku kerja, buku rujukan dan seterusnya buku latihan. saya berharap agar laptop ini diberi kepada murid2 dalam kadar yang segera.
Post a Comment