Rajagopal, Tolonglah Berundur
Semalam, perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Chelsea, sudah kita jangkakan, tuan rumah akan mengalami kekalahan dan jumlah jaringan yang agak besar. Setiap perlawanan ditempuhi skuad kendalian Datuk K.Rajagopal, pasti menerima 'hadiah' kekalahan bukan kemenangan dicari.
Apa istimewaannya jurulatih Datuk K.Rajagopal ini? Dari segi taktikal atau pemilihan pemain untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan? Pada pendapat Bro, tiada sebenarnya. Jika mengenang kembali zaman kegemilangannya sewaktu memenangi Piala AFF 2010, itu cerita lama. Usah bandingkan dengan kejayaan lalu. Masa kian kehadapan dan bukannya ke belakang.
Kontrak beliau bersama Harimau Malaya akan berakhir 2015 nanti. Maknanya tunggu beliau 'test eksperimen' untuk kelayakkan Piala Asia nanti baru diukur kemampuan beliau bersama Harimau Malaya? Itu sudah terlambat sebenarnya. Peminat bola sepak Malaysia letih dengan berita kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh skuad negara. Tiada peningkatan mutu permainan yang ditonjolkan hasil kendalian beliau. Masih ditakok lama dan pihak lawan sudah kenal taktikal Rajagopal ini. Reformasi bola sepak negara perlu dilakukan sekarang.
Jika beliau tidak mahu berundur juga, percayalah, stadium pasti akan kosong semula seperti sebelum-sebelum ini. Tidak lama lagi, Malaysia akan menentang gergasi Sepanyol iaitu FC Barcelona. Agak-agak berapa jaringan yang akan diterima oleh skuad kendalian beliau nanti? 6-0? 8-0? 1-0?

No comments
Post a Comment