Tips Cantikkan Blog
Hari ini, artikel ini telah di request oleh seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai BaruKenalDunia di shout box chat blog ini. Beliau bertanyakan bagaimana mahu menjadikan blog kelihatan cantik dan kemas. Blog, korang perlu anggapkan ia sebagai rumah nombor dua. Bagaimana mahu hiaskan ia dan sebagainya. Objektif utama adalah kreativiti. Jom teruskan membaca artikel ini. Bro bagi tips yang ringkas untuk korang faham :
Pilihan Warna Tema Blog
Pilihan Warna Tema Blog
- Warna tema perlulah sedap mata memandang. Pilih warna lembut dan tidak terlalu terang.
- Padankan warna dengan betul bagi mendapatkan kontra pada warna tersebut. Cth : Biru Putih, Hitam Putih, Merah Putih, etc.
Background Blog
- Pilih warna yang tidak terlalu terang. Cth : Kuning, Hijau Fluorescent, etc
- Jangan pilih background yang mempunyai imej yang banyak. Background plain lebih sesuai.
- Background perlu ikut resolution yang sesuai dengan perkakas laptop / dekstop/ mobile sekarang. Cth : 1280x720, 1920x1080
- Saiz file background jangan terlalu besar. Kalau boleh jangan melebihi 300kb.
- Format PNG sesuai dijadikan background blog.
Banner Blog
- Jangan terlalu besar.
- Design Banner blog jangan terlalu padat dengan imej. Perlu ikut tema blog ye.
- Saiz file banner jangan melebihi 1MB kerana ia akan melambatkan loading blog korang nanti.
- Pilihan design banner perlu bijak. Jangan korang letak gambar tengkorak pastu artikel cerita pasal agama. Tak ke pelik.
- Format gambar perlu format .PNG
Susunan Widget Blog
- Susun mengikut urutan yang sesuai. Cth : Iklan perlu telak diatas, widget seperti Facebook, Twiiter perlu susun di tengah bagi memudahkan pelawat nampak, Shout Box, letak paling bawah sekali.
- Widget bling-bling yang guna format .gif tidak sesuai digunakan dalam blog. Ia akan nampak blog korang serabut.
- Jangan terlalu banyak widget. Pilih mana yang paling utama sahaja.
- Widget Music tidak digalakkan letak di blog. Pengunjung boleh terkena sakit jantung bila membuka blog korang. Biar senyap, janji pembaca dapat membaca artikel korang dengan tekun.
Artikel Blog
- Artikel blog yang sesuai di muka utama adalah 3 entry sahaja. Jika tiada limit, penatlah pengunjung blog anda scroll artikel blog korang. Confirm pengunjung tersebut tidak akan masuk ke blog korang lagi.
- Penggunaan ejaan, bahasa perlulah standard. Jangan guna bahasa SMS macam budak sekolah sehinggakan sukar untuk di baca.
- Jadikan artikel anda mesra Google Translate bagi memudahkan pengunjung luar negara membaca artikel korang. Jangan fikir blog korang hanya dikunjungi orang Malaysia sahaja.
- Artikel janganlah terlalu panjang lebar seperti novel. Biar ringkas tetapi padat penyampaiannya.
- Font biar besar dan senang dibaca. Biar font normal sahaja. Jangan terlalu kecil.
- Setiap artikel perlulah ada gambar. Gambar tersebut biarlah nampak besar bagi kelihatan menarik untuk dilihat.
Itu sahaja tips yang Bro nak kongsikan kepada korang. Ini adalah tips basic sahaja ye. Walaupun ia basic, kebanyakkan otai blog amalkan tips seperti ini. Kepada blogger newbies di luar sana, bolehlah ikut tips yang Bro sediakan ini. Jika ada sebarang persoalan, boleh ajukan soalan diruangan komen ok.
1 comment
tq..rajin komen anum ni..hehhe..terbaik
Post a Comment