MyTNB : Aplikasi Semakan Bil Elektrik Di Smartphone Anda - Terowong Informasi

Breaking News

MyTNB : Aplikasi Semakan Bil Elektrik Di Smartphone Anda

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan satu aplikasi untuk memudahkan pengguna menyemak Bil Elektrik anda dengan hanya mengguna smartphone anda. Aplikasi ini dinamakan MyTNB. Ia merupakan satu aplikasi yang cukup baik mengikut peredaran pada zaman sekarang. Dengan aplikasi ini, anda boleh menyemak status bil, membuat aduan dengan customer care, mengetahu lakosi terdekat kedai tenaga dan macam-macam lagi.


Aplikasi ini adalah PERCUMA dan anda boleh download di Google Play untuk pengguna Android dan  iTunes untuk pengguna smartphone keluaran Apple. Bro sudah cuba menggunakan aplikasi ini ternyata ianya sangat mudah. Anda cuma perlukan email untuk register aplikasi ini untuk mendapat pengesahkan kod keselamatan, nama penuh dan password sahaja. Tetapi ada sedikit kelemahan pada palikasi ini kerana jika anda pengguna email Gmail, ia pasti akan keluar invalid email dan jika anda penggunakan email Yahoo, ianya boleh digunakan. Mungkin ia masih dalam peringkat penambahbaikkan lagi.


Gambar yang Bro sediakan ini adalah rupa sebenar aplikasi MyTNB ini. Layout yang simple dan tiada iklan-iklan yang sering menganggu pengguna memudahkan lagi kerja menyemak. Jadi, jika bil elektrik anda lambat sampai, anda boleh melihatnya di aplikasi ini dahulu. Jika sistem aplikasi ini boleh membuat pembayaran online, pasti ia sangat baik dan interaktif. Diharap, pereka aplikasi ini menambah aplikasi didalamnya bagi menjadikan ia aplikasi terbaik di Malaysia ini.

Link Download Aplikasi :

Google Play
iTunes      

No comments