6 Jenis Wanita Malang - Terowong Informasi

Breaking News

6 Jenis Wanita Malang


Kita jarang tahu mengenai 6 jenis wanita malang. Bro baru tahu ini sebab tak sengaja jumpa di Google. Ramai juga yang share benda ini. So, Bro tidak terlepas ingin share kepada anda semua apakah 6 jenis wanita malang ini :
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."
1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
2. Wanita Mananah:
Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".
3. Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
4. Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
5. Wanita Baraqah:
Wanita jenis ini ada 2 makna iaitu pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya dan kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
6. Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak cakap tidak menentu lagi bising.

wallahu a’lam..