Asal-Usul Perkataan MACAI - Terowong Informasi

Breaking News

Asal-Usul Perkataan MACAI


Perkataan "MACAI" memang cukup popular dikalangan masyarakat kita sekarang terutamanya bila bercerita mengenai bab politik. Jika anda lihat di page Facebook, Blog, Twitter dan pelbagai lagi, perkataan "MACAI" pasti akan kelihatan. Tahukah anda maksud "MACAI" ini atau anda sekadar ikut sahaja apa yang mereka tuliskan? Mari kita lihat apakah asal usul maksud perkataan "MACAI" ini.

Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan "Macai" (馬仔) adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Ma' (馬) yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞). Maka perkataan 'Ma' (馬) telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia. Sensitiviti ini lama kelamaan dilupakan oleh orang Melayu sendiri. Melayu mudah lupa. Tetapi orang Cina tidak melupakannya.

Ini diawali oleh sikap orang Melayu yang sesetengahnya tidak suka mendengar perkataan Malaicai (馬來仔) digunakan oleh orang Cina  sesama mereka terutama di tempat kerja bagi merujuk kepada pekerja Melayu kerana orang Melayu ini lebih suka dirujuk dengan nama mereka. Perkataan "Cai" (ä»”) mengikut lidah Kantonis pula membawa maksud 'si kecil, si muda , atau binatang yang muda'. Slang Kantonis juga menggunakan perkataan ini untuk memberi maksud budak lelaki atau anak lelaki.

Walaupun maksud "Macai" (馬仔) itu secara terjemahan terus boleh lah dimaksudkan 'budak yang diperkudakan', namun perkataan ini tidak wujud dalam kamus bahasa Cina di Tanah Besar China dan ia merupakan perkataan yang lahir di Tanah Melayu. Ia juga merupakan hasil kependekan kepada "Malaicai" yang disebut dengan bunyi "Macai".

Ini adalah sedikit penjelasan yang Bro cuba sampaikan. Panjang lagi sebenarnya mengenai perkataan "MACAI" ini. Artikel ini sebenarnya untuk sekadar informasi sahaja. Bukan bermaksud hasutan atau sebagainya. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah perkataan "MACAI" ini, sila ke LINK ini. Ia adalah rujukan bagi Bro untuk artikel ini.

No comments