Kalah Menang Adat Pertandingan - Terowong Informasi

Breaking News

Kalah Menang Adat Pertandingan


Malam tadi, perlawanan epic antara Kelantan VS Johor Darul Takzim berkesudahan Johor Darul Takzim tumbang di tangan pasukan Kelantan dengan jaring 6-1. Maka perlawanan tersebut menutup laluan pada Johor Darul Takzim untuk ke pusingan seterusnya.


Selepas perlawanan tersebut, bila melihat di Facebook, Wow!! ramainya tengah kutuk mengutuk antara satu sama lain dan ada juga menjadi lalang. Bila menang bukan main sorak dan bila kalah, maki hamun sana sini. Inilah penyakit lama yang dialami oleh penyokong di Malaysia. Biasalah, adat perlawanan. Ada kalah dan ada juga menang.


Lihat sahaja pusukan gergasi seperti Manchester United untuk dijadikan sebagai contoh. Mereka menerima tamparan hebat akibat kekalahan dengan pasukan kerdil baru-baru ini. Itu Manchester United tau yang dipenuhi pemain bintang dan 100% pemain kebangsaan boleh kalah dengan pasukan biasa. Tidak semestinya pasukan tersebut akan menang sahaja dan juga kalah sahaja. Bola itu bulat. Kalau tak mampu menyokong bila kalah, baik tak payah sokong terus.


Kalau nak rekod bersih untuk menang sahaja, mana ada jurulatih boleh buat macam itu bukan. Kita lupakan bab itu dulu. Kita cerita bab kutuk mengutuk pula. Apa nak jadi nih? Seronok mengutuk orang dan menghina sesama manusia terutama beragama Islam? Masing-masing bertelagah kerana dek bola sepak. Sepatutnya bola sepak menyatukan perpaduan anda masyarakat. Tidak kira bangsa dan agama tapi ini tidak, kutuk bangsa ni, kutuk itu. Tidak kira anda penyokong mana, semua sama sahaja. Apa yang anda dapat? Tiada sikap profesional yang kita tunjukkan sebenarnya. So, kepada pembaca blog ini sama ada anda setuju atau tidak apa yang Bro tulis ini, ia sekadar pendapat sahaja yang Bro tulis ini. Bukan bermaksud kepada sesiapa sekalipun. Kita kena fikir adakah tindakkan kita mengutuk atau mencaci orang lain ini betul atau salah? Fikir-fikirkanlah. Majulah sukan untuk negara...

Sedutan Perlawanan Malam Tadi :

No comments