Demam Denggi Dan Petuanya - Terowong Informasi

Breaking News

Demam Denggi Dan Petuanya

Dah lama tidak update blog ini kerana di serang demam denggi baru-baru ini. Bro, pertama kali kena demam seperti ini. Memang satu pengalaman yang cukup merbahaya jika anda terkena demam denggi ini. Demam denggi ini jika lambat di rawat, boleh membawa kepada maut.


Kalau nak kongsi cerita, bro dapat demam denggi ini pada 15/11/2013 (Jumaat). Demam secara tiba-tiba menghantui diri bro pada masa itu tetapi pada ketika itu, bro masih pergi ke tempat kerja. Sewaktu demam, bro tidak ke klinik pun pada masa itu. Hanya makan panadol dan berehat dirumah sahaja. Pada 19/11/2013(Selasa), rasa sakit kepala, muntah-muntah dan hilang selera makan secara mendadak bro terima ketika itu. Nak turun tangga pun tidak kuat. Dah rasa lain macam, bro bergegas ke klinik berhampiran dan didapati bro suspek demam denggi. Bro cuba dapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sebelum terlambat.


Untuk mengetahui bagaimana anda terkena demam denggi ini adalah melalui pengambilan darah di hospital. Anda akan dimaklumkan oleh doktor berkenaan dengan keputusan nilai Platlet dalam darah. Jika bacaan di bawah 150, pengambilan darah susulan akan dilakukan pada hari keesokanya. Nilai Platlet terendah bro dapat adalah 116. Cara untuk menaikkan nilai Platlet ini ada beberapa cara iaitu :

  • Minum Air 100 Plus
    - Jika anda amalkan minum air 100 Plus semasa demam denggi, ia dapat merawat anda tetapi anda perlu meminumnya lebih dari 5 gelas.
  • Sup Ketam
    - Sup Ketam merupakan satu petua yang cukup popular dikalangan masyarakat melayu. Tetapi petua ini memang mujarab kerana ia boleh menambahkan kuantiti Platlet dalam darah kita.
  • Jus Buah-Buahan
    -
    Jus buah-buahan paling bagus adalah jus buah jambu batu. Jika amalkan, insyaallah boleh memulihkan demam denggi tersebut.
Itulah bro amalkan petua semasa terkena demam denggi ini. Bila dah terkena denggi sekali, bro pasti lebih berhati-hati. Sekarang dah pulih sedia kala. Alhamdulillah. Seboleh-bolehnya, luangkan masa anda memantau rumah anda jika terdapat takungan air yang membolehkan nyamuk aedes membiak. Anda mampu mengubahnya..

No comments