Mawsynram - Tempat Paling Lembab Di Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

Mawsynram - Tempat Paling Lembab Di Dunia

Tahukah anda bahawa tempat paling lembab di dunia adalah di Mawsyanram, India. Ia terletak di utara India iaitu 65 Kilometer dari bandar Shillong. Lokasi ini telah diiktiraf oleh Guinness World Of Record pada tahun 1985 kerana mencatat jumlah purata liter air hujan iaitu 13,000 milimeters padu air hujan.


Pencabar lokasi paling lembab, Cherrapunjee juga mempunyai lokasi lembab di dunia. Untuk pengetahuan anda semua, Mawsynram dan Cherrapunjee merupakan tempat yang berhampiran antara satu sama lain tetapi Mawsynram mempunyai lebihan hujan setiap tahun.


Lokasi paling lembab di dunia ini merupakan tempat paling mencabar kerana mempunyai cuaca yang sangat ekstrem. Suhu di lokasi ini boleh mencecah 10 Degree Celsius sehingga 20 Degree Celsius pada bulan ogos ketika musim hujan. Walaupun cuaca di sini sangat ekstrem, ia merupakan kawasan yang sangat cantik terutamanya air terjunnya.

No comments