Piala Sumbangsih Dikira Sebagai Perlawanan Liga Pada Musim 2014
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah akan menjadi penyumbang mata dalam saingan Liga Super mulai musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Affandi Hamzah berkata langkah badan induk itu memperkenal sistem berkenaan pada perlawanan pembuka tirai Liga Super yang juga dikenali Piala Sumbangsih, adalah bagi memastikan perlawanan liga itu lebih kompetitif.
"Keputusan perlawanan Piala Sumbangsih membabitkan juara Liga Super dari negara jiran (Singapura), Lion XII dan Pahang selaku juara Piala Malaysia akan dikira sebagai mata pertama kepada kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super.
"Jika perlawanan berakhir seri dalam 90 minit, setiap pasukan mendapat satu mata sebelum keputusan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan seterusnya menerusi sepakan penalti," katanya selepas mempengerusi mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Sumber : Harian metro
P/S : Apa pandangan anda mengenai format baru nih? Menarik atau entah apa-apa?
No comments
Post a Comment