Ikan Bakar (Asli) Pak Din Terbaik Di Kuala Lumpur
Ada penggemar ikan bakar di sini? Sudah pasti ada penggemar di blog ini. Bro nak share satu tempat makan yang cukup sedap dan popular di Kuala Lumpur. Sebenarnya agak susah nak cari kedai makan yang sedap di Kuala Lumpur ini sebenarnya.
Bro dikenalkan seorang rakan sekerja mengenai satu kedai makan yang cukup sedap. Menu utamanya sudah pastinya adalah Ikan Bakar. Kedai makan ini dipanggil Ikan Bakar (asli) Pak Din atau Ikan Bakar Pak Din Tangling. Lokasi kedai makan ini terpelusuk sedikit dari kesibukkan ibu kota. Jika anda tahu Klinik Kesihatan Tangling, Kuala Lumpur dekat situ adalah tempatnya.
Baru-baru ini, Bro singgah ke sini bersama keluarga untuk menikmati ikan bakar di sini. Memang sesat pada mulanya hendak ke sini. Guna GPS kalau nak cepat ye. Ikan bakar di sini memang cukup Ummmp!!! Tidak pernah bro rasa ikan bakar sesedap di sini. Mak bro sendiri memuji masakkan ikan bakar di sini. Katanya Kuah Sos ikan bakar memang cukup rasa. Anda boleh pilih pelbagai jenis ikan seperti ikan keli, ikan cencaru, ikan talapia dan sebagainya. Lihat sahaja gambar yang disediakan. Memang mengiurkan nafsu anda.
Harganya agak mahal sedikit tetapi ia sangat berpuas hati. Mahal tapi sedap, itu bukan penghalang. Janji kita puas hati dengan hidangan yang disajikan. Kedai ini dibuka dari 7.00am ~ 9.30pm (Isnin - Jumaat), 7.00am ~ 12.00pm (Sabtu). Jika anda mahu mencubanya, memang Bro rekeman habis tempat ini.
Peta Lokasi :
Sumber Gambar : Google (Lupa ambil gambar sendiri)

Lokasi di huruf B
Sumber Gambar : Google (Lupa ambil gambar sendiri)
1 comment
wow menyelerakan
Post a Comment