Tips Menghadapi Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir
Banjir merupakan satu bencana alam yang diberi perhatian kerana ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk di negara ini. Baru-baru ini, negeri Terengganu, Pahang dan Johor telah mengalami bencana banjir yang semakin teruk berikutan hujan berterusan dalam masa beberapa hari yang menyebabkan paras air sungai meningkat.
Bro ingin berkongsi beberapa tips menghadapi sebelum, semasa dan selepas banjir. Dengan ada tips ini, diharap ia dapat membantu anda bersedia menghadapi bencana dengan berkesan.
Sebelum Banjir
Bro ingin berkongsi beberapa tips menghadapi sebelum, semasa dan selepas banjir. Dengan ada tips ini, diharap ia dapat membantu anda bersedia menghadapi bencana dengan berkesan.
Sebelum Banjir
- Dapatkan maklumat mengenai banjir di kawasan anda.
- Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
- Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda.
- Sediakan Peralatan Kecemasan.
- Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Banjir
- Dengar pengumuman dari radio dan sumber boleh dipercayai.
- Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih. Semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
- Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
- Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
- Maklumkan kepada jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
- Dengar pengumuman dari radio dan sumber boleh dipercayai.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan.
- Jika diarahkan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
- Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
- Jangan minum air banjir.
Selepas Banjir
- Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).
- Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat diduduki.
- Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan
- Pakai kasut.
- Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
- Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.
- Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Selepas Banjir - Memeriksa Ancaman Bahaya
- Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
- Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
- Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.
Itulah tips-tips yang Bro boleh kongsikan bersama anda. Dengan informasi ini, diharap anda dapat pemahaman cara menghadapi bencana ini. Dengan ini, Bro nasihatkan berhati-hatilah semasa menghadapi musim banjir ini. Awasi anak-anak anda. Anda mampu mengubahnya..
No comments
Post a Comment