Pendrive Murah : Jangan Mudah Tertipu
Salam semua. Dah lama Bro tak update blog sekarang. Maklumlah sibuk dengan kerja sekarang ini. Ok, hari ini bro nak kongsikan satu informasi teknologi kepada anda semua. Ianya mengenai Pendrive Murah yang berada dipasaran sekarang. Ia bukan setakat pendrive sahaja tetapi memori card MicroSD Mini juga ada yang murah. Saiz kapasiti yang terdapat di pasaran adalah 8GB, 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB. bagus ke yang murah ini?
Tahukah anda, pendrive yang murah dipasaran adalah Pendrive tiruan dan bukannya Original. Nampak sama seperti original tetapi ia bukan sebenarnya. Cuba pergi ke Jalan Pasar, Kuala Lumpur, anda akan nampak ada penjual pendrive yang menawarkan harga yang cukup murah serendah RM1 sahaja. Pilih sahaja apa kas\pasiti yang anda mahukan, ianya ada di jual. Banyak keburukkan dari kebaikkan jika anda membeli pendrive murah ini. Bagi yang pernah membeli pendrive tiruan ini, anda tahu akibatnya.
Pendrive tiruan ini sebenarnya pendrive yang telah digodam bagi mengaburi mata anda. Kapasiti storan telah diperbesarkan pada sistem operasi yang mana ianya akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihatnya di Propeties. Kapasiti storan ini boleh berfungsi seperti normal tetapi jika anda menggunakan melebihi 'had', file didalamnya akan mula corrupt dan akan menghilangkan data-data anda sekaligus tanpa sempat backup.
Contoh bro boleh berikan, jika anda membeli Pendrive berkapasiti 32GB tetapi pendrive yang anda beli itu sudah digodam, mungkin ianya hanya mempunyai kapasiti 8GB sahaja walaupun anda sudah semak di Propeties yang menunjukkan ianya 32GB. Secara kasarnya, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman dilakukan. Ianya sama juga dilakukan pada MicroSD murah.
Pasti anda sedang risau membaca artikel ini bukan. Takut anda tertipu oleh peniaga yang hanya mahu mengaut keuntungan sahaja tanpa memikirkan pengguna. Bagaimana mahu mengenali Pendrive yang original bagi mengelakkan anda tertipu? Senang sahaja, anda pergi di mana-mana kedai komputer yang berhampiran anda dan cari pendrive yang harganya mahal berbanding di jalan pasar itu. Contoh, harga Pendrive 64GB dijual dengan harga pasaran RM80-RM90, ia boleh dikatakan original. Barangan original boleh mendapat diskaun lingkungan 10% - 30% sahaja daripada harga asal berbanding harga Pendrive di Jalan Pasar yang diskaun sehingga 70%-80%. Perkara lain yang anda boleh semak adalah mengenai Packaging original dengan Packaging tiruan. Ia boleh dilihat dari segi cetakkan, kekemasan bungkusan walaupuan dengan mata kasar, ianya sama sahaja.
Cara untuk menyemak atau menguji pendrive anda, ianya boleh di uji dengan menggunakan perisian komputer. Perisian itu adalah perisian H2testw. Di sini, anda boleh melihat storan sebenar pada pendrive tiruan tersebut. Dengan melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.
Bagi anda yang sudah membaca artikel ini, bolehlah anda memaklumkan kepada keluarga, rakan atau sesiapa sahaja yang anda kenali di luar sana bagi mengelakkan terpedaya. Gejala penipuan ini sukar untuk dibendung tetapi anda boleh mengelaknya.
Link Download h2testw : http://www.softpedia.com/get/System/System-Miscellaneous/H2testw.shtml

4 comments
zara mmg ada nmpk kat market2 malam trutama nya.. byk jual pendrive mcm ni.. kapasiti besar tp murah..
Zara kena hati2..jangan kerana dek murah..kite tertipu..baik beli original...walaupun mahal tetapi warranty ada..

Post a Comment