20 Ekor Kucing Diracun Cikgu
Seorang penduduk Taman Seri Waja, Segamat Johor yang merupakan seorang guru dikatakan telah meracun kucing sehingga mati 20 ekor kucing jirannya kerana mengotori inap desa beliau. Seorang pengadu iaitu Nur Syamila melalui akaun Facebooknya memberitahu tindakkan seorang yang bernama guru melakukan perbuatkan sangat kejam ini.
Perbuatan ini telah membuatkan penduduk di situ berang dengan tindakan guru terbabit kerana ia sangat keterlaluan. Beliau sebagai guru sepatutnya mempunyai pemikiran waras dalam apa jua tindakkan yang dilakukan.
Kucing-kucing yang mati ini dikatakan telah diberi nasi yang digaulkan dengan 'ikan beracun' yang diletakan berhampiran inap desa beliau. Salah satu keluarga tersebut telah kehilangan 12 ekor kucingnya akibat mati selepas makan nasi beracun tersebut manakala selebihnya adalah milik penduduk yang lain. Kucing-kucing tersebut ditemui mati dengan keadaan mulut berdarah.
Ada yang mengatakan, terdapat seorang saksi melihat guru terbabit memberi makanan kepada kucing-kucing tersebut. Pada pendapat Bro, memang benar kucing tersebut pasti membuat kotor di inap desa terbabit tetapi bukankah ada cara lain untuk menghalau kucing-kucing tersebut selain membunuhnya? Penduduk Taman Seri Waja tersebut berharap pihak berkuasa membuat tindakkan undang-undang terhadap guru terbabit. Ia juga boleh dikatakan jenayah tidak berperikemanusiaan.
2 comments
sangat kejam
Btl tu..setan agaknya tu
Post a Comment