Gambar Zhalif Hakim Yang Memaki Anak Ketua Pramugara MH370
Inilah muka budak yang baru nak up, Zhalif Hakim yang bertindak kurang ajar apabila memaki Maira Elizabeth Nari iaitu anak kepada Ketua Pramugara MH370 semalam di laman Twitter beliau. Budak ini tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana menguris waris pesawat MH370 ini. Cerita ini memang sudah tersebar luas mengenai tindakan bodoh yang dilakukannya.
Pada pendapat bro, jika beliau tidak suka dengan berita-berita mengenai kehilangan pesawat ini, janganlah bertindak seperti itu kerana ia boleh memalukan diri sendiri malah keluarganya sendiri. Janganlah anda sesekali membuat status di Twitter atau di Facebook yang berunsur memaki dan mencarut kerana ia membodohkan diri sendiri sebenarnya. Hormatilah sesiapa sahaja tidak kira di laman sosial atau di alam nyata. Jangan selepas ini, muncul pula minta maaf secara tidak ikhlas oleh beliau. Jika mahu minta maaf, berjumpalah dengan anak pramugara tersebut secara depan-depan.
Sumber Gambar : http://plbgaimacam.blogspot.com/
No comments
Post a Comment