Nahas Kapal Terbang Terburuk Dalam Sejarah - Bahagian 1
Cerita mengenai Misteri MH370 masih segar di bibir rakyat Malaysia sekarang. Satu tragedi terbesar dalam dunia penerbangan Malaysia walaupun pernah berlaku ketika dahulu. Nahas kapal terbang ini tidak boleh dijangka bila ianya akan berlaku. Perkara ini boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya pesawat tersebut mempunyai masalah teknikal.
Hari ini, Bro nak kongsikan sedikit beberapa insiden nahas kapal terbang terburuk dalam sejarah dunia. Kisah MH370, kita tidak boleh dimasukan ke dalam sejarah kerana ianya masih cerita baru lagi. Baiklah, mari kita lihat beberapa insiden kapal terbang ini :
- 3 Jun 2012 : Pesawat Dana Air MD -83 terhempas di kawasan perumahan di bandar terbesar Nigeria , Lagos , membunuh semua 153 orang yang berada di atas kapal.
- 20 April 2012 : Pesawat Bhoja Air Boeing 737 terlibat di dalam kemalangan dalam kawasan penanaman gandum berhampiran Islamabad , Pakistan ketika cuba mendarat semasa ribut petir , membunuh 127 orang.
- 9 Januari, 2011 : Pesawat Iran Air Boeing 727 musnah di barat laut Iran. 77 orang mati.
- 12 Mei 2010 : Pesawat Afriqiyah Airways di dalam perjalanan ke Tripoli , Libya , dari Johannesburg , Afrika Selatan, terlibat di dalam kemalangan di kawasan padang pasir yang jaraknya kurang daripada satu batu dari landasan , membunuh 103 orang.
- 10 April 2010 : Pesawat Presiden Poland Lech Kaczynski terlibat dalam kemalangan di luar bandar Rusia dibarat Smolensk , membunuh kesemua 96 orang.
- 30 Jun 2009 : Pesawat Yemenia Airbus 310 yang berada perjalanan ke Kepulauan Comoros terhempas ke dalam Lautan India dengan 153 orang di atas kapal.
- 1 Jun 2009 : Pesawat Air France Airbus A330 yang merupakan penerbangan dari Brazil ke Paris pada 1 Jun, 2009, terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian kesemua 216 penumpang dan 12 anak kapal ( 228 orang ) . Usaha-usaha pemulihan telah terjejas kerana kapal terbang itu jatuh ke kawasan dalam Lautan Atlantik. Bangkai pesawat dan kotak hitam daripada pesawat dijumpai pada bulan Mei 2011 iaitu hampir 3 tahun kemudian.
Ini adalah beberapa sahaja Bro kongsikan. Nantikan artikel mengenai nahas udara bahagian dua nanti. Selamat membaca..
No comments
Post a Comment