Penerbangan MH370 Disahkan Berakhir Di Selatan Lautan Hindi
Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam sidang media khas memberi rumusan kehilangan MH370. Ia merumuskan bahawa MH370 memang terbang ke koridor selatan dan terhempas di selatan Lautan Hindi.
Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.Ia merupakan berita yang amat mengejutkan rakyat Malaysia malah satu dunia. Berita terperinci akan disiarkan pada esok menerusi Astro Awani.
Al-Fatihah kepada penumpang MH370 yang beragama Islam....
No comments
Post a Comment