Pesawat MAS Dirempuh Burung Di Kathmandu
KATHMANDU: Sekumpulan burung merempuh cermin depan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ketika ia mendarat di ibu negara Nepal tetapi kesemua 180 penumpang dan anak kapal terselamat, kata pegawai lapangan terbang.
Ketua Jabatan Penerbangan Awam Nepal, Ratish Chandra Lal Suman berkata, burung berkenaan merempuh pesawat Boeing 737 dalam kejadian lewat Jumaat lalu.
Kejadian burung melanggar kapal terbang adalah masalah biasa di lapangan terbang di sini yang dikelilingi hutan berbukit.
Katanya, pesawat itu berlepas pulang selepas cermin depannya diperbaiki. - BERNAMA
No comments
Post a Comment