Rio Tinto River : Sungai Paling Berasid Di Dunia
Tahukah anda, di bumi ini terdapat sungai paling berasid. Sungai ini terletak di Sierra Morena, Sekitar Pergunungan Andalusia, Spain. Nama Tinto merupakan bahasa sepanyol yang bermaksud 'merah'. Sungai ini merupakan fenomena semulajadi yang mempunyai kepekatan tinggi tembaga dan besi. Sungai yang dianggarkan 3000 tahun ini pernah dilombong suatu ketika dahulu. Panjang sungai ini adalah lingkungan 100km.
Aktiviti lombong yang dijalankan ketika sewaktu dahulu adalah seperti perlombongan emas, besi, perak dan tembaga. Mengikut ahli sejarah, puak Yunani, Rom , Phoenicia dan Moors yang melakukan perlombongan disekitar kawasan ini.
Selepas peperangan, lobong ini terbiar dengan begitu lama dan ditemui semula oleh kerajaan Sepanyol pada tahun 1556 dan memulakan operasi perlombongan sekitar tahun 1724. Hasil akibat perlombongan, sungai Rio Tinto menjadi merah kepekatan yang sangat berasid. Dalam tahun 1873, Syarikat Multinasional Rio Tinto iaitu Syarikat telah ditubuhkan untuk mengendalikan semula lombong menjelang akhir abad ke-20 dan ia telah menjadi salah satu syarikat perlombongan terbesar di dunia. Kini, lombong ini dimiliki oleh EMED Mining PLC. Jadi, anda perlu ingat Rio Tinto merupakan Sungai Paling Berasid Di Dunia ketika ini.
1 comment
Tq Nurzakiah Hanum..Awak ni pembaca tegar blog ni ye...
Post a Comment