Mampukah Marcos Antonio Cemerlang Di Liga Super Malaysia
Pemain baru Johor Darul Ta'zim, Marcos António Elias Santos, 30 yang berasal dari Brazil akan menggantikan tempat pemain Singapura iaitu Baihakki Khaizan untuk saingan kedua Liga Super 2014. Jika mengikut sejarah karier bola sepak beliau, terdapat beberapa cerita yang kurang menarik untuk didengar iaitu kesilapan yang boleh dikatakan agak besar pada penampilan pertama beliau bersama kelab FC Nuremberg di Liga Bundesliga.
Ketika itu, ia adalah penampilan pertama beliau bersama FC Nuremberg tetapi prestasinya yang baru 16 minit di atas padang agak menghampakan peminat di sana. Kesilapan demi kesilapan yang dipamerkan oleh beliau. Ia merupakan sejarah paling buruk dalam Bundesliga pada ketika itu. Pada 2014 ini, beliau menyertai skuad Harimau Selatan. Mampukah beliau menggalas sebagai pertahanan Harimau Selatan nanti?
Kita perlu lihat terlebih dahulu prestasi beliau terkini bagaimana. Kita tidak boleh menghukum beliau terlebih dahulu. Mungkin sekarang beliau telah banyak belajar dari kesilapan yang beliau lakukan dahulu. Cuba anda ingat kembali semasa Luciano Gabriel "Lucho" Figueroa Herrera menyertai Johor Darul Ta'zim, ramai berpendapat ia satu pembelian merugikan kerana mengikut sejarah, beliau pernah mengalami kecederaan lutut yang teruk yang menyebabkan beliau kurang beraksi di kelab Panathinaikos. Bila datang ke Malaysia, lihatlah bagaimana prestasi beliau. Beliau sendiri membuktikan beliau masih berbisa lagi.
Jangan menyalak dahulu sebelum menilai prestasi pemain. Kita lihat beberapa perlawanan yang melibatkan Marcos António Elias Santos dahulu. Jika ia kurang baik berbanding Baihakki Khaizan, kita baru menilainya. TMJ pasti akan membuat terbaik untuk pasukan Harimau Selatan. Jika tidak, mengapa TMJ bersungguh-sungguh menaikkan martabat bola sepak negeri Johor di peringkat antarabangsa? Betul tidak?
No comments
Post a Comment