Persiapan Sebelum Pulang Balik Kampung
Tidak lama lagi, bulan Syawal bakal menjelma. Pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan sebelum menjelang hari raya ini. Dan sudah pasti, jika anda diperantauan, balik kampung menjadi keutamaan dalam jadual perjalanan anda. Macam Bro, setiap menjelang hari raya aidilfitri bro akan balik ke kampung halaman di Johor Bahru, Johor. Sebelum balik ke kampung, pasti ada perkara penting akan dilakukan terlebih dahulu. Apakah perkara yang bro maksudkan adalah :
- Pemeriksaan kenderaan - Tidak kiralah sama ada kita menaiki kereta atau motorsikal, kita perlu membuat pemeriksaan terhadap kenderaan kita. Terutama sekali bagi mereka yang akan berjalan jauh. Jadi, hantarlah kereta anda ke pusat servis kenderaan anda yang berdekatan sebelum memulakan perjalanan jauh itu. Yang pasti, keadaan tayar, brek dan lampu berfungsi dengan keadaan baik.
- Peralatan penting - Bagi yang menunggang kereta, jangan lupa membawa jek kereta, tayarspare dan alatan yang lain. Biasanya, dalam kereta sudah tersedia sebuah beg yang mengandungi peralatan seperti player, spanar, skrew dan lain lagi. Ya, beg itu mesti diletakkan dalam bonet kereta. Kepada penunggang motosikal sediakan tiub tayar dan alatan untuk menukarkan tayar jika bocor.
- Bawa air kosong - Air kosong ini bukan untuk di minum tetapi persediaan kalau radiator kereta jadi panas sehingga menyebabkan kereta jem. Sedialah 2 atau 3 botol 1 liter air. Kalau tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan waktu berbuka sudah masuk minum sahajalah air tu.
- Spek mata hitam - Bagi perjalan di siang hari, mungkin berdepan dengan kepanasan matahari atau silau. Jadi boleh guna spek mata hitam sebagai perlindungan. Jika anda rabun, pandai-pandailah..Haha
- Duit kecil atau Kad Touch N Go - Bagi mereka yang ada kad Touch N Go isilah duit siap-siap supaya tidak kalut apabila sampai di tol. Duit kecil adalah perlu bagi mereka yang tidak ada kad Touch N Go.
- Doa naik kenderaan - Doa merupakan perkara penting yang perlu kita ingat sentiasa. Doa naik kenderaan bukan sahaja perlu dihafal dan dibaca ketika hendak balik kampung sahaja tetapi setiap kali kita menaiki kenderaan. Doa di bawah ini di petik daripada surah Az-Zukhruf :13-14.
- Pakaian raya dan kelengkapan anak - Semua persiapan yang kita buat ini memang untuk berhari raya, jangan lupa bawa balik baju raya dan songkok. Kalau tertinggal pakailah apa yang ada. Kalau sempat, beli dekat kampung.
- Kelengkapan anak - Bagi yang ada anak kecil kelengkapan susu, pampers dan segala peralatan mereka jangan tertinggal pula.
- Duit Raya - Benda ini, benda wajib yang bakal ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak. Sudah pasti anda akan menyediakan duit raya untuk anak saudara dan saudara terdekat. Jangan lupa, nanti ada yang tuntut pula.
Diharap, persiapan yang bro senaraikan anda akan semak nanti. Sebelum memulakan perjalanan itu, pastikan anda merancang perjalanan terlebih dahulu. Takut-takut anda tersangkut dalam kesesakan luar biasa semasa pulang ke kampung. Jadi, dengan kesempatan ini, Bro mengucapkan kepada semua pembaca Blog ini, Selamat Menyambut Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kosong-Kosong yer..
No comments
Post a Comment