Harga Barang-Barang Makanan Di Pasar Pada Tahun 1897
Pada tahun 1897 iaitu zaman Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan lagi, nilai mata wang dahulu tidak sama seperti pada zaman sekarang. Pada era tahun tersebut, untuk membeli barang basah di pasar boleh dikatakan amat murah jika dibandingkan duit zaman sekarang. Jika ada RM5 sahaja, macam-macam barang kita dapat beli dahulu tapi sekarang ianya sangat mustahil. Kalau difikirkan balik, pada era tersebut, pasti sukar untuk mendapat duit walaupun bernilai 10sen kerana ekonomi pada zaman tersebut tidak sama seperti sekarang. Kekurangan sektor pekerjaan juga main peranan ekomoni dahulu.
Gambar diatas ini adalah senarai harga barang basah yang dijual di pasar Kuala Lumpur. Apa yang boleh dilihat, barang yang paling mahal adalah Beras Siam iaitu $4.10sen sepikul beras. Mungkin, ia adalah satu permintaan yang amat tinggi untuk penggunaan beras. lagipun, ia adalah makanan rugi orang melayu. Kalaulah harga barangan sekarang seperti ini, sudah tentu jika kita mampu membelinya walau hanya bergaji RM500 tapi ia adalah sangat mustahil. Betul tidak?
No comments
Post a Comment