Baby Hatch Kini Di Malaysia - Terowong Informasi

Breaking News

Baby Hatch Kini Di Malaysia



Baby Hatch atau Pusat Perlindungan Bayi sudah mula wujud di Malaysia baru-baru ini. Ia merupakan ruangan penyimpanan khas untuk 'ibu' yang tidak mahukan anak itu lagi. Ia boleh mengelakkan kes buang bayi di dalam longkang, tong sampah dan dimakan oleh binatang buas.

Baby Hatch pertama wujud di Malaysia terletak di N0.6, Lorong SS 1/24A, Petaling Jaya, Selangor yang dikendalikan oleh OrphanCare Malaysia. Terdapat 3 negeri mempunyai Baby hatch ini iaitu di Johor, Kelantan dan Selangor. OrphanCare Malaysia ini merupakan tempat transit bagi bayi yang ditinggalkan sebelum diambil oleh keluarga angkat baharu. Sebab itu slogan OrphanCare, 'Every Child Needs a Family".


Terdapat beberapa kriteria pengambilan anak angkat di OrphanCare Malaysia ini iaitu :

  • Pendapatan isi rumah yang mencukupi.
  • Memberi keutamaan pasangan berkahwin yang tidak mempunyai anak selepas 5 tahun berkahwin.
  • Seluruh keluarga angkat menerima anak tersebut tanpa sebarang prajudis.
  • Faktor kesihatan keluarga angkat juga memainkan peranan besar.
Jika anda tercari-cari informasi ini, ia adalah jalan terbaik buat anda untuk mendapat anak angkat dengan tetapi anda perlu memenuhi kriteria seperti diatas tersebut. Anda boleh menghubungi atau kunjungi OrphanCare Malaysia yang beralamat di :


 No.6, Lorong SS 1/24A Kampung Tunku,
Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7876 1900 dan 010-283 0528 selepas jam 6.00 petang.
Faks : 03-7875 1900

No comments