Google Street View Malaysia
Hari ini, di setiap wall facebook pasti akan ada orang update mengenai Google Street View versi Malaysia. Ia satu yang baru di Malaysia buat masa ini. Difahamkan, hanya 90% sahaja Google Street View dapat memantau lokasi di Malaysia ini. Tapi bagi Bro, ia tak meliputi 90% sebenarnya. Mungkin hanya 70% sahaja. Masih terdapat beberapa kampung dan kawasan Felda di Malaysia belum kelihatan lagi.
Fungsi Google Street View ini adalah untuk memberi gambaran jelas bagi pengguna Google Maps untuk melihat keadaan sesuatu tempat. Sebagai contohnya, jika anda mahu ke KLCC tetapi anda tidak tahu laluan mana yang bersesuaian dan ingin dapat gambaran landmark mana perlu diingat, dengan Google View adalah penyelesaiannya.
Bro cuba memantau lokasi seperti rumak mak Bro sendiri di Taman Universiti, Skudai Johor, memang jelas dan nyata kelihatannya. Untuk pengetahuan anda, Google Street View ini tidak akan masuk ke kawasan privasi dan mempunyai pengawal keselamatan. Imej-imej ini diperolehi dari kenderaan seperti di bawah ini. Jika anda nampak kenderaan seperti di bawah ini, buatlah reaksi Peace. Confirm akan terpapar di Google Street View.
Mengenai imej dari Google Street View ini, anda jangan terlalu risau kerana gambar ini bukan live view tetapi diambil beberapa minggu yang lepas. Tetapi ada buruknya juga kerana penjenayah boleh melihat dan merancang jika mereka mahu membuat operasi mereka dengan adanya Google Street View ini. Pada pendapat anda, Google Street View ini berlebih baik atau memburukkan lagi keadaan pada anda?
No comments
Post a Comment