Isu Pesta Pegang Anjing Kian Panas - Terowong Informasi

Breaking News

Isu Pesta Pegang Anjing Kian Panas



Sejak kebelakangan ini, isu Pesta Pegang Anjing yang dianjurkan oleh Syed Azmi Al-Habshi baru-baru ini, mendapat kecaman hebat oleh masyarakat islam di Malaysia. Pesta ini yang menggalakkan semua bangsa dan agama boleh memegang anjing tanpa rasa takut dan curiga terhadap haiwan ini. Difahamkan juga, penganjuran pesta ini telah mendapat sokongan oleh kerajaan Negeri Selangor dan mendapat kebenaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


Program yang diberi nama ' I want To Touch A Dog ' diadakan di Central Park, Bandar Utama ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Difahamkan, MAIS telah menghantar seorang Ustaz untuk memberi sedikit panduan dalam pengendalian haiwan ini dari segi syarak dan cara bersamak. Apa yang bro dapat lihat dari gambar yang tersebar, segelintir umat islam dengan selambar sahaja memegang, memeluk dan mencium haiwan tersebut dengan sengaja. Mereka ini tidak tahu hukum memegang anjing atau tidak?


Bro rasa, masyarakat Islam di negara ini terkeliru dengan istilah "boleh pegang anjing" ini. Memang benar boleh pegang anjing dengan keadaan tangan kering TETAPI bukan dengan sengaja melainkan DARURAT. Memegang anjing ini sudah dianggap Najis berat iaitu najis mughallazah dan si pemegang perlu menyamaknya dengan segera. Setiap insan yan beragama islam pasti pernah bersekolah agama semasa zaman sekolah dahulu. Di situ kita diajar halal haram dalam islam. Sudahkah kita terlupa akan ilmu yang penting ini? Betul Al-Quran tercatat yang mengatakan, tanda akhir zaman akan ada manusia yang menghalalkan benda yang haram dan benda halal diharamkan. Jadi, bukalah minda dan akal fikiran yang Allah S.W.T berikan kepada kita. Jika anda lupa akan ajaran Islam sebenar, kembali dan pelajarilah dengan orang yang lebih arif tentang agama sebelum terlambat.


No comments