BSN #KucingHappy Semakin Popular
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah berjaya menarik orang ramai terutamanya di laman sosial mengenai teknik pemasaran mereka dengan menggunakan seekor kucing yang comel digelar Kucing Happy. Pada pertama kalinya bro melihat iklan ini, ia sudah cukup menarik kerana bro merupakan peminat kucing.
Bank Simpanan Nasional boleh dikatakan Bank yang kurang popular dikalangan masyarakat kerana ia kurang publisiti di media cetak atau media televisyen. Dengan teknik pemasaran baru ini, ia memberi nafas baru kepada pemasaran BSN sekarang. Dengan seekor kucing, orang pasti ingar BSN. Hebat bukan teknik pemasaran ini.
Ramai yang akan tertanya-tanya, apa tugas Kucing Happy ini? Sebenarnya, anda hanya perlu beritahu Kucing Happy yang bertugas di Jabatan Happy bagaimana dia boleh membuatkan anda happy, dan dia akan respon kepada permintaan anda dalam video seterusnya. Mudah bukan tugas Kucing Happy ini. Feedback dari Kucing Happy ini sangat kelakar dan pasti membuatkan tersenyum Happy. Ada juga artis memberi respon dan bertanyakan kepada Kucing Happy ini seperti Elizabeth Tan dan Fizo Omar. So, kepada yang sentiasa menantikan video dari Kucing Happy, nantikan video baru beliau ok. Jangan lupa juga komen dan Hashtag #KucingHappy
BSN #KucingHappy
Terima kasih kerana menjawab survei #JomHappy kami. Berdasarkan keputusannya, kami telah menubuhkan sebuah Jabatan baru dan melantik seorang Pengarah yang... comel. Memperkenalkan, Kucing Happy! Anda hanya perlu beritahu Kucing Happy bagaimana dia boleh membuatkan anda happy, dan dia akan respon kepada permintaan anda dalam video seterusnya. Anda boleh buat permintaan #KucingHappy dalam ruang komen di bawah sekarang.Untuk dapatkan happy setiap hari, layari www.bsn40tahun.com.my #bsn40tahun #JomHappy *Tertakluk pada terma dan syarat
Posted by Bank Simpanan Nasional on Friday, March 20, 2015
No comments
Post a Comment