Had Pengeluaran KWSP Tidak Relevan
Isu KWSP hangat diperkatakan oleh umum terutama sekali bagi yang berkhidmat di sektor swasta. Apa yang umum tidak berpuas hati adalah berkenaan had pengeluaran wang simpanan KWSP ke umur 60 tahun. Pengeluaran akaun ini adalah berkenaan dengan akaun 1 sahaja tetapi pada pandangan Bro, usia 60 tahun adalah usia sudah lewat.
Bayangkan anda mengumumkan ingin bersara awal pada usia 55 tahun, berapa lamanya anda perlu menunggu ke usia 60 tahun. Di usia seperti ini, pasti kita memerlukan kewangan untuk kos perubatan atau sebagainya untuk meneruskan hidup. Pihak KWSP perlu menimbang semula dan buat kajian menyeluruh sebelum menguatkuasa undang-undang had pengeluaran KWSP ini. Apa kata, Pihak KWSP cuba terlebih dahulu untuk kakitangan KWSP untuk menghadkan pengeluaran ke 60 tahun. Adakah mereka sanggup atau tidak bersetuju, baru boleh kita nilaikannya.
No comments
Post a Comment