Kisah Sebenar Wanita Buka Baju Di Petaling Street
Video yang memaparkan seorang wanita menanggalkan baju di depan khalayak ramai telah mendapat perhatian di laman sosial pada minggu lepas. Peristiwa ini terjadi di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Cerita sebenar mengenai kejadian ini terdapat 2 versi iaitu kes mencuri dan juga kes makan tidak bayar.
Bro ada terbaca dari satu artikel di laman blog Singapura yang mengatakan ia berpunca wanita tersebut tidak membayar makanan yang dipesannya itu. Beliau dikatakan memakan nasi ayam sebanyak 2 pinggan nasi ayam yang berjumlah RM18 tetapi beliau enggan membayarnya. Kejadian ini berlaku pada jam 3 petang pada ketika itu.
Pemilik kedai tersebut yang dikenali sebagai Wong berkata, beliau menahan wanita terbabit kerana tidak bayar makanan tersebut tetapi wanita tersebut enggan mengaku yang beliau makan di kedai tersebut. Rakaman CCTV telah disemak terlebih dahulu sebelum wanita terbabit. Wanita yang menanggalkan pakaian tersebut bukannya wanita asing tetapi wanita yang berasal dari Sabah, Malaysia. Kini, wanita yang berusia 32 tahun ini telah ditahan pada hari sabtu baru-baru ini.
No comments
Post a Comment